Selasa, 18 Disember 2012

Larian Jom! Kitar Semula & Habitat 2012

larian jom! kitar semula nie adalah acara tahunan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) sempena bulan kitar semula...pada tahun nie disambut sekali dengan hari habitat sedunia..."Larian Jom! Kitar Semula & Habitat 2012"..
korang tau ape itu 3R??bukan saiz gambar hokey!!! 3R nie adalah Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula)...dengan adanya kesedaran 3R nie memberi implikasi yang besar kepada alam sekitar...
di sebabkan tahun lepas aku terlepas larian nie, tahun nie aku memang set x nak lepaskan larian jom! kitar semula & habitat bagi menyokong usaha PPSPPA dan dalam masa yang sama memang aku minat acara lari-lari nie (hobi baru)...
untuk mendaftar masuk larian nie senang je..just bukak web PPSPPA...click pada larian jom...pastu isi i/c korang dan pilih kategori mane yang korang nak..aku just ambik Fun Run je..sekadar suka-suka dan tanda sokongan usaha PPSPPA..lepas daftar korang print slip dan tuntut baju kat pusat-pusat kitar semula yang telah dinyatakan...dan korang kena bawak barang kitar semula semasa tuntutan baju dibuat..
tengah bersedia untuk berlari...

pelepasan peserta mengikut kategori...

poster kempen larian jom! kitar semula & habitat 2012 (nyonya nie saje je nk inter-frame lam gmbar aku..hehehe)

adidas vs nike...battle of da year between me n my cik tunang...

bersiap sedia untuk dilepaskan...

cik tunang sempat lagi posing semasa berlari...he..

check point...relaks saje lari sambil call..dahsyat...

bagi peluang kat cik tunang untuk posing kali terakhir sebelum menamatkan larian...
running to-get-her...to da finishing line...lalalala...

habuan selepas berlari..yeay...suke tol cik tunang aku nie dapat goodies bag..

........cik tunang memang suka bergambar.......


masing-masing tengok nombor untuk cabutan bertuah sebelum nk blah....
penganjuran larian jom!kitar semula & habitat 2012 di Putrajaya mendapat sambutan yang mengalakkan dan diadakan dengan jayanya oleh pihak PPSPPA...diharap usaha PPSPPA ini akan diteruskan setiap tahun...
ape-ape pon diharap pihak PPSPPA dapat menambahbaik cara pengambilan baju pada masa akan datang..overall satu program yang amat bagus dan usaha PPSPPA harus dipuji..sekian.....

Tiada ulasan: